10 Tip Terbaik Wanita Anggun

Hai, apa khabar wanita anggun semua! Kali ini kami ingin kongsikan 10 tips terbaik yang boleh anda lakukan untuk kekal anggun, sihat dan ceria! 10 tip ini juga adalah rutin harian yang kami sendiri amalkan.

 

1. Jadi Kuat Bukan Kurus

Kesakitan atau kecederaan mungkin menjadi pemula tetapi kelemahan adalah pembunuh sebenar. Tubuh tidak dapat sembuh jika kita tidak kuat. Kardio dan flexibility training mampu membantu.

Ini tidak bermakna anda perlu meluangkan masa selama berjam-jam di gym setiap minggu. Bersenam walaupun selama 8 minit setiap pagi lebih baik berbanding sesi gym yang panjang tetapi dibuat sekali sekala.Tetapkan 10 ribu langkah untuk kekal langsing dan sihat.

 

2. Makan Brokoli

 

Mungkin akar saderi dan articok jerusalem kaya nutrien tetapi tahukah anda brokoli adalah pilihan yang terbaik kerana ia membantu membersihkan hati dan menentang kanser. Bagi mendapatkan manfaat terbaik,dicadangkan anda membersihkan dan menghiriskannya. Cara memasak terbaik ialah dengan kaedah stim atau menggunakan ketuhar gelombang mikro (berbanding merebus) bagi mengekalkan kandungan bahan penentang kanser.

 

3. Singkirkan ‘YANG PUTIH’

Apakah cara paling mudah untuk menurunkan berat badan disamping meningkatkan kesihatan tubuh? Mudah sahaja, buangkan saja sumber makanan yang berwarna putih! Kebanyakkan makanan yang berwarna putih (roti, nasi putih, pasta, gula dan tepung) diperbuat daripada karbohidrat ringkas jadi nyahkan daripada senarai diet anda adalah salah satu cara yang paling cepat untuk mengurangkan berat dan meningkatkan kesihatan. Bagaimanapun ada pengecualian iaitu telur putih, kubis bunga dan ikan. Ia adalah 3 makanan putih yang anda masih boleh nikmati.

 

4. Minum Lebih Air Putih

Minum air putih sangat penting untuk kekal sihat, bertenaga dan menurunkan berat badan. Ada banyak sebab anda perlu kekal terhidrat – dahaga sering kali menyamar sebagai kelaparan, ia meningkatkan metabolisme dan air putih adalah minuman tenaga yang terbaik. Untuk mengetahui berapa banyak air putih yang perlu diminum, bahagikan berat anda (dalam paun) kepada dua dan sasarkan untuk minum sebanyak itu setiap hari.

 

5. Dapatkan VITAMIN D Setiap Hari

“Kajian terbaru mendapati vitamin D mungkin memainkan peranan penting dalam menurunkan berat badan dengan mengawal selera dan membantu sel lemak menjadi lebih aktif secara metabolik”

Cahaya matahari membantu tubuh menyerap kalsium yang penting untuk tulang, meningkatkan imuniti, mengurangkan keradangan dan mungkin melindungi serangan beberapa jenis kanser.

Sumber Vitamin D terbaik adalah salmon, tuna dan makerel (terutama daging) selain minyak ikan, hati lembu, keju dan kuning telur serta tidak ketinggalan cahaya matahari.

 

6. Tingkatkan Pengambilan Teh Hijau

Minum teh hijau adalah cara yang terbaik untuk merangsang penurunan berat badan dan kesihatan. Ia bukan saja meningkatkan metabolisme tetapi juga mengandungi kepekatan catechins yang tertinggi iaitu sejenis antioksidan yang didapati dalam tumbuhan yang berupaya melindungi tubuh daripada serangan jantung dan sesetengah kanser. minum beberapa cawan teh hijau sehari bagi mendapatkan manfaat yang mengagumkan.

 

7. Tidur Untuk Kekal Langsing

Kurang tidur mempercepatkan proses penuaan dan menghalang usaha menurunkan berat badan. Otak mengidam karbohidrat apabila tubuh anda letih, jadi ia mensabotaj diri walaupun telah mempunyai pelan penurunan terbaik. Sasarkan 7 jam (minimum) bagi membenarkan tubuh mengekalkan dan melindungi fungsi organ penting tubuh.

 

8. Fokus Pada Nutrien Bukan Kalori

Selalunya jumlah kalori yang diambil sangat penting dalam proses menurunkan berat badan, bagaimanapun kualiti makanan sebenarnya lebih penting (namun seringkali diabaikan).

Menurunkan berat badan bukan semata-mata berkait dengan mengurangkan kalori. Otak mencari nutrien bukan kalori dan ia (otak) akan menggalakkan anda sehingga anda berasa puas. Makanan yang kerap dikaitkan dengan penambahan berat badan ialah kentang goreng,kerepek kentang, minuman manis, daging merah (tidak diproses dan diproses), gula-gula dan tepung (putih) manakala makanan yang sering dikaitkan dengan penurunan berat badan seperti yogurt, kekacang, bijirin penuh, buah dan sayur.

Untuk kekal langsing dan sihat, ambil makanan yang tinggi serat, buah yang kaya nutrien, sayur, bijirin dan danging tanpa lemak.

 

9. Lewatkan Makan Pencuci Mulut

Jangan terus ketepikan pencuci mulut selepas makan tetapi cuba elakkan daripada terus menikmatinya selepas makan malam kerana ia akan mengganggu penyerapan nutrien. Masa terbaik ialah 2 jam selepas makan malam.

Pilihan terbaik untuk dessert ialah coklat gelap kerana di dalam koko tersebut mengandungi flavonoid yang dapat meningkatkan dan memperbaiki pengaliran darah ke otak yang membantu anda melihat dengan lebih mudah.

 

10. Sarapan adalah WAJIB

Sarapan adalah hidangan paling penting dalam sehari. ” tidak mengambil hidangan pertama boleh meningkatkan risiko obesiti lebih 4 kali ganda”. Jika anda tidak makan sebaik bangun tidur, tubuh mengesan kelaparan dan memperlahankan metabolisme sebagai ganti rugi. Apabila anda makan, ia seolah-olah kebuluran dan mengambil lebih daripada sepatutnya. Mendorong kepada makan mengikut nafsu dengan kadar metabolisme yang rendah.

Mudah sahaja… Tetapkan makan hidangan pertama anda setiap hari (white egg omelet atau oatmeal) atau sediakan beberapa menu sebagai sarapan setiap hari.

Anda ada tips tersendiri? Kongsikan di bahagian komen ya.. 🙂

 

Kami mencadangkan produk Glutathione tulen jenama Marissa:

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *