4 Rakan Karib Ketika Diet

Tahukah anda terdapat 4 rakan karib yang mampu menjadi peneman anda sewaktu anda sedang dalam program diet? 4 rakan karib ini dapat membantu anda merealisasikan impian anda.

Makanan yang sihat mampu membakar lemak dan sememangnya amat penting saat kita memutuskan untuk berdiet selain daripada istirehat, olahraga dan menghindarkan stress. Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu ada dan wajib ada di dalam rumah untuk menjadi peneman setia untuk diet seharian.

TELUR


Umum mengetahui bahawa telur merupakan sumber protein yang hebat saat menjalani program diet. Sarapan 2 biji telur rebus amat membantu program diet asalkan ia seimbang dengan aturan pemakanan siang dan malam. Biarpun ia kurang mengenyangkan namun ia mampu menahan perut dari berasa lapar dalam tempoh tertentu. Khasiatnya juga tidak hilang jika direbus setengah masak.

CUKA EPAL


Mengamalkan pengambilan cuka epal secara rutin dengan sukatan yang tepat dmemberi 1000 kebaikan pada tubuh badan. Ia bukan sahaja mampu menurunkan tekanan darah dan gula dalam darah malah ia sangat baik untuk melancarkan diet. Cuka epal meningkatkan kadar metabolisme badan yang menyebabkan kadar pembakaran lemak yang tinggi dari biasa.

PISANG


Merupakan salah satu buah yang cukup membantu untuk mendapatkan berat badan yang ideal selain daripada buah lemon. Sebiji pisang setiap pagi dan malam untuk kesan yang lebih maksimum. Pisang juga akan membuatkan kita merasa kenyang lebih lama sehingga kita dapat mengelakkan makan secara berlebihan.

YOGURT


Salah stau cara langsing yang lebih cepat adalah dengan yogurt.Yogurt juga mampu menyekat pertumbuhan bakteria jahat dalam usus dan membantu melangsingkan tubuh. Yogurt juga kaya dengan vitamin A,B1,B2,B3 ,Mineral, Kalsium dan juga potassium. Dengan yogurt juga proses pencernaan menjadi lebih sihat dn kerana ia juga digelar minuman probiotik.

 

Begitulah tadi 4 makanan yang sedia umum kita selalu amalkan dan ketahui khasiatnya.

Jom kita terus amalkan untuk dapatkan apa yang kita impikan.

Mudah, senang dan cepat 😉

 

Kami mencadangkan produk Glutathione tulen jenama Marissa:

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *