Anggun Di Kala Usia Meningkat

Meniti hari tua, kebimbangan wanita bertambah apabila terbayang akan wajah yang akan menjadi kedut dan tidak menarik dipandangan orang. Peningkatan usia merupakan mimpi ngeri setiap individu yang bergelar wanita selain daripada masalah berat badan.

Oleh kerana peningkatan usia adalah satu proses yang tidak dpat dielakkan dan merupakan lumrah hidup setiap individu,wanita seharusnya belajar bagaimana untuk melalui proses ini dengan anggun dan bukan melalui penafian tentang peningkatan usia mereka.

Proses peningkatan usia ini bukanlah suatu penyakit tetapi ia adalah lumrah kehidupan setiap insan.

Proses peningkatan usia yang berjaya:

✅Berada dalam kesihatan yang baik (kadar penyakit dan kehilangan upaya pada tahap yang minimum)
✅Berada dalam keadaan sihat dari segi mental dan sentiasa berwaspada (individu seharusnya tidak mengalami penyakit dementia atau hilang keupayaan berfikir)
✅Menjalani kehidupan yang sihat (hubungan mesra dengan keluarga dan kawan-kawan, dan menjalani aktiviti harian yang positif)

Salah satu sebab kita sebagai kaum wanita takut menghadapi krisis peningkatan usia adalah kerana kita dibesarkan dengan kepercayaan dan mitos-mitos peningkatan usia.

Implikasi negatif diketahui oleh semua pihak apabila berlaku peningkatan usia, kita akan mudah sakit, lemah,hilang keupayaan,rapuh,nyayuk,sunyi dan mengalami perasaan tidak gembira

Pemerhatian ini seterusnya membawa kita untuk percaya bahwa kita sudah tua dan tidak berguna. Kita mula mengalami perasaan seperti tidak produktif, membebankan masyarakat dan mengharapkan belas kasihan masyarakat.

MITOS 1: Semakin Tua, Semakin Sakit

Benar bahawa risiko menghidap penyakit kronik meningkat apabila kita semakin tua, tetapi kita harus tahu bagaimana hendak mengurangkan penyakit tersebut ke atas diri seseorang. Pada masa sekarang, masyarakat lebih peka mengenai penyakit kronik seperti jantung, kanser, strok, artriris dan tekanan perasaan.

Melalui pengawalan yang betul, risiko menghidap penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dapat dikurangkan.

MITOS 2: Anda Semakin Membosankan dan Daya Ingatan Lemah

Bertentangan dengan pandangan umum, golongan yang lebih berusia boleh kekal cekap dan tangkas dalam pemikiran mereka dan pada masa yang sama, mereka boleh belajar perkara baru. Kebanyakan mereka risau apabila mereka mengalami proses peningkatan usia. Terdapat beberapa kes di mana kemampuan seseorang untuk berfikir menurun apabila usia semakin lanjut.

Antara perkara yang jelas ialah, keupayaan seseorang untuk memproses informasi dan reaksi contohnya:

✅ Sukar untuk mengingati nama seseorang

✅ Nombor telefon

✅ Lokasi

✅ Keupayaan untuk memahami perkara-perkara yang kompleks dan lebih sukar

Apabila usia semakin meningkat, anda boleh melakukan aktiviti seperti membaca, melakukan permainan yang dapat meningkatkan keupayaan berfikir, melakukan aktiviti perbualan yang bermanfaat dan sentiasa mengekalkan hubungan silaturahim yang sihat dengan keluarga dan rakan-rakan.Kepentingan sokongan moral dan sosial seseorang juga adalah penting. Bagaimanapun, perkara ini sering diabaikan. Tidak semestinya apabila seorang itu dikelilingi rakan-rakan dan keluarga, dia tidak akan berasa sedih dan sunyi.

Mitos terbesar yang mengatakan golongan masyarakat yang sudah berumur tidak berguna lagi adalah tidak benar. Proses peningkatan usia bukan mimpi ngeri yang harus ditakuti. Ikuti nasihat yang telah diberikan dan anda boleh menikmati hidup anda dengan gembira. Lakukan perubahan pada perkara yang boleh diubah dan menerima perkara yang anda tidak boleh terima sebelum ini.

Jadi, janganlah anda terpedaya dengan mitos semata-mata. Bangkit dan teruskan kehidupan dikelilingi aura positif.

 

Kami mencadangkan produk Glutathione tulen jenama Marissa:

 

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *