Apa? Ada Bakteria Baik Dan Jahat?

Di dalam perut kita terdapat bakteria baik dan jahat dan bagaimana bakteria ini mempengaruhi seluruh kesihatan kita.

Apakah yang anda ketahui tentang usus? Pasti mengejukkan apabila anda ketahui bahawa dalam satu masa anda mempunyai sekurang-kurangnya satu ratus trillion bakteria dalam saluran sistem penghadaman anda terutamanya di dalam usus. Trilion bakteria ini terdiri daripada 500 spesis yang berbeza yang mula menyesuaikan dengan tubuh badan sejak hari pertama anda dilahirkan.

Berat setiap bakteria ialah kira-kira 1.5 kilogram hingga 2.0 kilogram. Sebanyak 85 peratus bakteria ini memberi fungsi yang bermanfaat seperti mencerna makanan, melindungi daripada jangkitan, dan mempengaruhi beberapa proses psikologi di dalam badan.Baki bakteria dalam badan dirujuk sebagai bakteria jahat dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada badan.

Pada masa yang sama kebanyakan sistem imun badan berada di dalam saluran penghadaman dan perut mempunyai 70 peratus sehingga 80 peratus sel imun. sebarang perubahan yang brlaku di dalam perut memberi kesan yang besar bukan sahaja pada kesihatan pencernaan tetapi juga keseluruhan kesihatan.

BAIK VS JAHAT

Keseimbangan bakteria baik dan jahat di dalam perut mestilah dikekalkan dalam keadaan relai. Nsbah antara bakteria lain menjadi salah satu faktor kritikal dalam menentukan kesihatan optimum. Keseimbangan unggul antara 85 peratus bakteria baik dan 15 peratus bakteria lain.

Persekitaran sangat mempengaruhi keseimbangan bakteria.Pemakanan yang tidak sihat, tekanan, ubat-ubatan dan cara hidup yang tidak sihat akan menyebabkan bakteria jahat berkembang. Bila itu terjadi, anda akan mengalami masalah pencernaan seperti sakit hulu hati,sembelit, cirit birit dan kembung.Tambahan pula, mikro ini memainkan peranan penting dalam penyakit radang usus, termasuk penyakit Crohn dan ulser colitis.

Keadaan yang sihat dan seimbang di dalam perut boleh membantu melindungi sistem imun daripada bakteria pathogen, toksin, allergen, bahan kimia dan bahan cemar.

Di dalam usus terdapat 80 peratus sel imun yang mana perkembangan bakteria jahat akan memberi tindak balas berlawanan pada imun badan. Ketidakseimbangan bakteria di dalam perut dikaitkan dengan peningkatan risiko asma dan alahan.

 

Kami mencadangkan produk Glutathione tulen jenama Marissa:

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *