Buang Segera Parut Jerawat Cara Traditional

“Eii tak sukanya dengan parut ni…ngomel Sara sendiri..”

Memang benar, apabila wajah di penuhi dengan parut jerawat memang akan ada ketidakselesaan.

Parut mengambil masa yang lama untuk hilang sepenuhnya malah ada juga parut yang kekal terus. Bagi wanita yang mementingkan kecantikan, parut pada kulit akibat luka memang tidak menyenangkan.Lebih memalukan apabila parut tersebut berada di tempat yang tidak boleh diselindungkan.

Jom, kita try cara traditional dahulu 😉

1. JUS UBI KENTANG

Potong nipis ubi kentang dan sapu dengan jus dan urut dengan kepingan kentang perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit sebelum basuh dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali sahaja.

2. MADU ASLI + LIMAU NIPIS

Dua sudu besar madu + dengan jus limau nipis. Calit pada wajah dan urut perlahan-lahan.

3. MENTIMUN

Hiris nipis dan urut di wajah. Lakukan seminggu 3 kali

4. KAYU MANIS

Tumbuk atau kisar sedikit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Tambahkan dengan sedikit air kemudian sapu pada bahagian kulit yang berparut. Untuk lebih berkesan, tambah sedikit bedak sejuk.

5. KACANG HIJAU

Mempunyai khasiat sendiri dalam rawatan kulit wajah. Kisar sahaja kacang hijau sehingga menjadi serbuk. Campurkan dengan sedikit air dan sapu pada kulit yang berparut. Amalkan setiap hari untuk mendapat hasil yang diinginkan. Serbuk kacang hijau juga boleh dijadikan masker untuk merawat kulit wajah yang berjerawat.

6. LIDAH BUAYA

Umum mengetahui khasiatnya. Anda hanya perlu sapu lendir lidah buaya pada wajah. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.

7. KULIT PISANG

Kulit pisang yang ada jangan membazir. Ada khasitanya yang kita tidak jangka. Ambil kulit pisang, dan bahagian dalam kulit pisang itu gosokkan sahaja pada kulit. Amalkan dengan kerap sehingga parut tidak kelihatan.

Nah, ada 7 cara traditional yang wanita anggun kongsikan. Mudah bukan 😉 Tapi sekarang tidak perlu risau untuk anda yang tidak suka menyusahkan diri, kami di WA sedia membantu anda.

Untuk cara mudah menghilangkan masalah kulit, kami mencadangkan produk Glutathione tulen jenama Marissa:

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *