Makan Boleh Makan Tapi Kena Jaga Kalori

Bukannya tidak boleh makan langsung makanan kegemaran, syaratnya selepas makan anda perlulah berusaha untuk ‘membakar’ kalori yang anda ‘jemput’ tadi.

Berlari adalah salah satu cara membakar kalori hasil daripada makanan yang telah dimakan.

Berikut kiraan kilometer jumlah larian yang perlu anda lakukan selepas pengambilan makanan di bawah.

1. Kentang Goreng


Sambil menonton rancangan kegemaran di televisyen memang mengasyikkan bukan? Tapi anda perlu tahu untuk membakar kalori bagi sebekas kentang goreng saiz sederhana memerlukan anda berlari sebanyak 5.98 kilometer.

2. Secawan kopi


Selepas pekena secawan kopi, anda perlu berlari sebanyak 0.42 kilometer untuk menyahkan kalori.

3. Sekeping Coklat


Berita kurang mengembirakan bagi mereka si penggemar coklat. Jika anda memakan sekeping coklat ini bermakna anda perlu berlari sejauh 3.55 kilometer untuk membakar jumlah kalori yang diambil.

4. Burger Daging


Sangat enak makan burger. Bagi membakar kalori untuk sebiji burger daging anda perlu berlari sejauh 4.10 kilometer.

5. Minuman Berkarbonat


Minuman yang sememangnya tidak mempunyai zat tetapi banyak kalori yang datangnya daripada gula. Se tin minuman berkarbonat anda perlu berlari sejauh 1.95 kilometer untuk membakar kalori dalam tubuh.

6. Energy Bar

Mungkin sesetengah orang berpendapat bahawa makan sekeping energy bar sebagai salah satu cara untuk berdiet. Tahukah anda, bagi setiap kepingan energy bar yang anda makan anda perlu berlari sejauh 3.98 kilometer untuk mebakar kalorinya? Berhati-hati ya 😉

Nampak makanan kat atas itu menyelerakan, bukan? Tapi seksaan untuk menyah kalori itu yang menyakitkan.

Ubah cara hidup anda sekarang 🙂

 

Kami mencadangkan produk Glutathione tulen jenama Marissa:

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *