Minum Air Dan Makan Sayur Punca Gemuk?

Terperanjat? Memang ramai yang terkejut dengan kenyataan ini.

Bukan itu maksud WA sebenarnya 😉

Untuk mereka yang KURANG minum air dan makan sayur sebenarnya lebih berisiko menjadi gemuk.

Ramai kita yang mengalami kegemukan kerana mereka cepat lapar dan tidak puas makan. Sudah makan dan mahu makan lagi. Akhirnya mengambil makan yang berlebihan kalori. Jadi cara untuk mengurangkan rasa cepat lapar ialah dengan minum air dan makan banyak sayur.

Apa istimewanya makan sayur banyak?

Walaupun kita berdiet, kita harus makan sehingga kenyang. Kenyang makan sayur bukan makan karbohidrat yang telah terproses (refined carbo)

Sayur-sayuran harus diambil secara mentah (sebagai ulam), direbus (atau dicelur) atau ditumis. Ia memberikan serat pada perut dan usus yang menyebabkan kita cepat kenyang dan tidak mudah berasa lapar.

Selain itu sayur -sayuran memberikan banyak fitonutrien terutama sayur-sayuran yang berwarna. Antaranya vitamin, mineral dan pelbagai sebatian lain yang penting untuk metabolisme tubuh.

Ia harus diambil sebanyak 50 % dari jumlah makanan yang diambil. Sayur mestilah separuh dari pinggan makan.Sementara nasi hanyalah suku pinggan dan sumber protein seperti ikan dan daging pula suku pinggan lagi.

Adakah air membantu mengurangkan berat badan?

Air sangat membantu kita membezakan sama ada kita sedang lapar atau kita sebenarnya dahaga. Kadangkala kita hanya dahaga, tetapi otak memberikan isyarat yang tidak jelas dan kita membacanya sbeagai rasa lapar walhal ia memberi isyarat kita sedang kehausan.

Jadi secara logiknya, untuk kurus banyakkan minum air dan makan sayur.

 

Nak lebih mudah langsing? Kami mencadangkan produk Glutathione tulen jenama Marissa:

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *