Salad 3 Sekawan Wanita Anggun

Hari ini wanita anggun semua buat apa ye?

Jom cuba resepi baru saya untuk dinner nanti  😉

Untuk yang kurang gemar salad pun akan jatuh cinta tau dengan resepi saya ni ??

Ikut step by step tau….

Masa Hidangan: 15min untuk 4 orang

Bahan-Bahan:

2 Biji Avocado – Dipotong dadu
1/4 Cawan Daun Ketumbar- Disiat-siat
1 Batang Timun- Dihiris
2 Sudu besar jus lemon
1/2 Bawang besar- Dihiris
4 Biji tomato saiz sederhana – Dipotong dadu
1/8 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
1 Sudu Kecil Garam
2 Sudu besar minyak zaitun

Cara-Cara:

Masukkan kesemua bahan yang dipotong ke dalam mangkuk termasuk daun ketumbar.

Masukkan minyak zaitun dan jus lemon.

Gaulkan sehingga sebati.

Masukkan serbuk lada hitam dan garam

Siap untuk dihidangkan.

*Nota: Jika tidak ada ketumbar anda boleh gantikan dengan daun dill.

Salad ini amat sihat dan ianya sesuai untuk anda yang mengamalkan diet.

1 reply

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *