Berikut merupakan beberapa soalan yang biasa ditanya oleh pelanggan kami.
1. Bagaimana Nak Daftar?
Baca bagaimana daftar di wanitaanggun.com.
2. Bagaimana Nak Order?
Baca bagaimana buat tempahan di wanitaanggun.com.
3. Apakah Kaedah Pembayaran Yang Ada Di WanitaAnggun.com?
Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran online atau offline.
a) Pembayaran Online
SenangPay
SenangPay merupakan penyedia Payment Gateway menggunakan kad kredit, kad debit, perbankan internet dan FPX di Malaysia.
SenangPay menjadi pilihan ramai peniaga online termasuk WanitaAnggun.com kerana ia sangat efisyen, selamat dan mesra pengguna. Ia merupakan penyedia Payment Gateway yang patuh kepada PCI Data Security Standard dan Malaysia Payment System Act.
Bank yang disokong oleh SenangPay (melalui FPX):
- Maybank2u
- Hong Leong Bank
- CIMB Clicks
- RHB Bank
- Affin Bank
- AmBank
- Bank Islam
- Public Bank
Jika anda biasa menggunakan perbankan internet, sila gunakan pilihan pembayaran ini.
Ia menjamin stok item yang ada bersama kami telah diperuntukkan kepada Order anda (status Complete).
b) Pembayaran Offline
Cash Deposit Machine / ATM Transfer
Sila masukkan amaun mengikut jumlah Order anda ke:
Nama Bank: CIMB BANK
Nama Akaun: SH INTERNET SOLUTIONS
No. Akaun: 8600499567
Setelah membuat pembayaran, sila email bukti pembayaran bersama Nombor Order ke info@wanitaanggun.com.
Pilihan pembayaran ini tidak digalakkan kerana stok item tidak akan diperuntukkan kepada Order anda selagi bukti pembayaran tidak diterima (status Pending).
4. Maklumat Penghantaran Order?
Masa Yang Diambil Untuk Memproses Order
Order yang dibayar sebelum jam 12 tengahari Ahad hingga Jumaat akan dipek dan dipos pada hari yang sama.
Order selepas 12 tengahari pula akan dihantar pada keesokan hari bekerja.
Setelah order anda diproses, info tracking akan dihantar melalui email. Anda juga boleh semak status order di My Accounts > Orders.
Caj Penghantaran
Caj penghantaran adalah PERCUMA ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.
Rakan Logistik WanitaAnggun.com
Buat masa ini kami memilih Poslaju sebagai penyedia perkhidmatan kurier kami.
Sebarang pertukaran penyedia perkhidmatan adalah tertakluk kepada pihak WanitaAnggun.com.
Pembelian & Penghantaran Antarabangsa
Untuk pembelian dan penghantaran ke destinasi antarabangsa, sila hubungi kami.
5. Info Pemulangan Atau Pertukaran?
Kami berharap anda berpuashati dengan produk yang telah ditempah dari laman web wanitaanggun.com.
Tetapi jika anda dapati item yang sampai rosak atau salah maka anda boleh memohon untuk pertukaran.
POLISI PEMULANGAN/PERTUKARAN WANITAANGGUN.COM
Sebarang item yang dibeli boleh ditukar sekiranya:-
- Terdapat defect (rosak) pada item disebabkan oleh ketidaksengajaan pihak kami
- Tersilap produk/item. Produk/item yang tersilap boleh ditukar dalam keadaan baik dalam masa 5 hari waktu bekerja selepas item sampai.
- Item yang dibeli tidak boleh dipulangkan dalam bentuk wang tunai, hanya boleh ditukarkan kepada item yang sama atau item lain yang sama harga.
- Item yang telah dibeli tidak boleh ditukar atau dipulangkan tanpa sebab yang munasabah.
- Keputusan muktamad dalam kes pemulangan / pertukaran tertakluk kepada pihak WANITAANGGUN.COM.
CARA-CARA PEMULANGAN/PERTUKARAN
- Mohon borang pemulangan (Borang RMA) dari pihak kami (whatsapp 010-376 5168 / email info@wanitaanggun.com)
- Pos item kembali kepada kami. Pulangkan item tersebut bersama dengan invoice ke
SH INTERNET SOLUTIONS (002134265-X)
41 Lorong KTC 3/17,
Taman KTC, Kulim Hi Tech Park
09000 Kulim, Kedah, Malaysia - Penting: take note nombor tracking untuk penghantaran tersebut untuk mengisi borang RMA.
Kami mengesyorkan supaya anda menggunakan perkhidmatan kurier yang menggunakan tracking nombor seperti poslaju. - Sebarang produk/item yang dihantar tanpa borang RMA tidak akan dilayan.
- Tunggu jawapan dari pihak kami. Biasanya pihak kami akan memberikan jawapan dalam masa 48 jam hari bekerja.
Jika anda telah menghantar parcel lebih dari 7 hari dan masih belum mendapat sebarang jawapan, sila hubungi kami.
6. Pembeli Antarabangsa (Luar Malaysia)?
Berada luar dari Malaysia? Hubungi kami untuk pembelian dan penghantaran.
7. Ada Diskaun, Berita Terkini & Promosi?
Sila langgan newsletter wanitaanggun.com secara percuma di sini.